Monday, 7 October 2013

FAQ tentang Vivix


Vivix ni adalah di antara produk terkini yang dihasilkan Shaklee berdasarkan penyelidikan saintifik yang dilakukan selama bertahun-tahun. Berikut adalah soalan yang selalu ditanya (Frequently Asked Question, FAQ) mengenai VIVIX :
Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini meningkatkan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*
Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *
Q : Apakah resveratrol?
A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *
Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*
Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*
Q : Siapakah yang boleh mendapatkan manfaat daripada Vivix ?
A : Vivix dihasilkan untuk memberikan manfaat buat semua orang dewasa  yang peka tentang anti-penuaan  serta kesihatan. Vivix tidak disarankan kepada wanita mengandung atau sesiapa di bawah usia 18 tahun. Namun begitu, dosage yang sederhana boleh digunakan jika terdapat keperluan untuk memberikan Vivix kepada sesiapa di bawah usia 18 tahun.
Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.
Q : Bolehkah Vivix diambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A : Berdasarkan kajian terkini, pengambilan berlebihan Vivix tidak menunjukkan sebarang peningkatan manfaat kepada kesihatan.
Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.
Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional. Secara idealnya, jarakkan 2 jam daripada sebarang ubat-ubatan.
Q : Kenapa Vivix perlu disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka ?
A : Penyejukan selepas Vivix dibuka akan membantu untuk mengekalkan keoptimaan, warna dan aktiviti maksimum bagi polyphenol dalam produk.
Q : Kenapa Vivix tidak dihantar melalui penyejukan ?
A : Ujian ekstensif, termasuk penghantaran sebenar melalui negara dan pengangkutan di bawah suhu yg ekstrem dan lembap telah mengesahkan yang Vivix mempunyai kualiti yang tinggi dan mampu dikekalkan.
Q : Adakah Vivix mengandungi alkohol ?
A : Vivix tidak mengandungi alkohol.
Hubungi saya di FB Nadiah binti Ahmad.
013-8301007












No comments:

Post a Comment

 
Copyright to Demi MasaFull Deisgn: Jiakreatifelt